Thursday, November 20, 2008

'Usah bimbang jika nampak kelibat Ayah Pin'

JHEAT pantau pergerakan pemimpin jika cuba hidupkan kembali ajaran

KUALA TERENGGANU: Orang ramai khususnya penduduk sekitar perkampungan Kerajaan Langit tidak perlu bimbang mengenai dakwaan sesetengah pihak yang mendakwa melihat kelibat pemimpin ajaran sesat, Ayah Pin kerana Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) sentiasa memantau pergerakan lelaki itu.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Muhammad Ramli Nuh, berkata pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan polis dalam tempoh terdekat berhubung isu kebimbangan orang ramai mengenai kemunculan semula Ayah Pin atau Ariffin Mohamad di perkampungan itu.

"Saya nasihatkan orang ramai tidak bimbang kerana tidak ada apa yang perlu dirisaukan. Mereka tidak perlu bimbang ajaran songsang Ayan Pin kembali kerana JHEAT sentiasa memantau pergerakannya dan tahu di mana dia berada. Jika dia cuba menghidupkan kembali ajarannya, kita akan mengambil tindakan.

"Seperti sudah dimaklumkan sebelum ini, keutamaan ialah menghapuskan ajaran sesat yang dibawanya sebelum ini. Soal dia masih bebas tidak perlu dibimbangkan kerana dia bukan pembunuh atau perogol bersiri yang boleh membahayakan nyawa orang ramai," katanya ketika dihubungi Berita Harian.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan akhbar berhubung kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar bahawa biarpun wujud kerisauan orang ramai selepas dilaporkan kelibat Ayah Pin berkeliaran di perkampungan Kerajaan Langit, polis tidak boleh mengambil tindakan kerana tiada permintaan berbuat demikian daripada JHEAT.

"Ayah Pin dikatakan melakukan penyimpangan agama dengan mengajar ajaran sesat. Ia bukan bidang polis, tapi majlis agama. Kita hanya boleh ambil tindakan apabila majlis agama membenarkan kita untuk tolong menangkap pemimpin ajaran sesat itu," katanya.

Muhammad Ramli berkata, JHEAT mempunyai pertimbangan sendiri serta corak tindakan yang perlu diambil jika pemimpin ajaran sesat itu dikesan melakukan perbuatan yang membimbangkan dan boleh menjejaskan orang ramai.

Katanya, semua pihak dinasihatkan tidak bimbang kerana majlis agama melalui jawatankuasa khas sentiasa memantau pergerakan Ayah Pin.

sumber dipetik dari berita harian 19 nov 2008


xder kaitan antara yg hidup dan yg mati...lebih2 lagi teda kaitan langsung ngan aku...pinbaju ka.. pintu ka..pin suar ka...pinang ka...pin lampin ka...dan yg sewaktu dengannya....huhuhuhuhu

2 comments:

ARY.AHMAD said...

wakakaka..pinbaju is ariffin bin mohammad @ ayah pin kali...wakakakkaka... =P

pinbaju said...

cettttttttt ko lah ary ahmad bukan nama sebenar....nama dalam ic adalah arifin bin mohammad....wakakakaka lobess ayah pin...ahakkkss